Sunday, November 8, 2009

BIRASKU ADIKKU JUGA






CUKUP seronok apabila dapat bersama dua adik iparku tinggal bersama semalam. Aku memang rapat dengan Sabana dan Hafiz. Sabana bekerja di Bandar Sibu dan Hafiz bekerja di MATRED Kuala Lumpur. Satu perkara kami miliki bersama ialah kami bekerja jauh dari keluarga masing-masing. Aku di Putrajaya, keluargaku di Kuching. Sabana pula keluarganya di Sarikei tapi hari-hari balik. Hafiz isterinya(adik iparku) di Kuching. Bayangkan keadaan hidup kami?
Namun kami ceria. Apabila ada luang sebegini kami tidak lepas pelung. Tidur di rumah Hafiz di Cheras dan makan minum serta jalan-jalan bersama. Seronok mengelilingi KL. Hafiz memang mahir keadaan di Kl. Maklum sudah terbesar dan terdidik di sini. Aku walaupun sudah 16 bulan di Putrajaya masih pening kepala berkenaan jalan-jalan di sini.
Apa yang ingin diceritakan ialah walaupun isteri kami adik-beradik, kami juga macam adik-beradik. Bergaul, bercakap dan apa sahaja berkongsi bersama. Rapat kami, walaupun Hafiz baru menjadi ahli keluarga kami dalam bulan Jun lepas, kami cepat mesra. Kami berkongsi suasana kekeluargaan kami. Kami tabik mentua kami. Mereka cukup menghargai kami. Kami apalagi bila dapat anak-anak mereka, kami baik juga. Mereka ibu dan bapa kami yang paling kami hormati.
Indahnya beripar biras amat indah apalagi bila begitu mesra. Kami ada abang ipar di KL, ABAM atau namanya Iskandar tetapi dia begitu sibuk. Kami pun sama. Dua hari lepas mereka berdua berjumpa dengan Abam. Saya tidak berkesempatan tetapi Abam juga rapat dengan saya.
Hafiz bawa kami ke seluruh KL. Kami redah sekelilingnya. Kami lama round-round di Mid Valley. Lihat pameran komputer, beli barangan anak-anak Sabana, makan, ke MPH. Wowww...memang penat dan tak payahlah jogging.
Insya-Allah, dalam beberapa masa lagi kami akan berjalan jauh bersama pula. Indah dan begitu menyeronokkan.

No comments:

Post a Comment