Monday, November 9, 2009

JANGANLAH MARAH





Daripada Abu Hurairah r.a.: Bahawa seorang lelaki berkata kepada Nabi s.a.w.: Berikan daku wasiat. Baginda bersabda: Janganlah engkau marah. Lelaki itu mengulangi soalan itu beberapa kali. Baginda tetap bersabda: Janganlah engkau marah. (Hadis 40)

Sengaja aku petik hadis kali ini. Indahnya kata-kata Nabi Muhammad s.a.w. tersebut. Kita ramai kawan. Kalau dikira dengan jari tak mencukupi. Namun di manakah kawan sejati kita apabila kita memerlukan mereka? Kawan sejati akan bersama kita kala gembira dan apalagi sedih. Itulah yang penting.

Ada kawan kala dia memerlukan kita. Itu bukan kawan tapi musuh. Manakala kawan yang dikira unggul ialah kawan sepanjang masa, waktu dan tempat. Kalau orang cuba menghasut atau memburukkan dia(kalau dia benar-benar bersih), dia tetap mempertahankan kawannya. Lihat bagaimana Saidina Abu Bakar menjadi sahabat paling karib Rasulullah s.a..w. Apa orang kata berkenaan Muhamad s.a.w., Abu Bakar tidak percaya. Soalnya, bagaimana dengan diri kita?

Jadi, kawan biar seribu. Musuh jangan dicari.

Kalau ada kemarahan, jangan dibawa hingga ke mati. Ingat, Nabi lagi ampunkan umatnya. Ini pula kita yang begitu kerdil.



Selamat Menyambut Hari Raya Korban...

No comments:

Post a Comment