Sunday, November 8, 2009

BULAN MULIA DAN CERIA


BULAN November ini cukup bermakna buatku. Satunya tahun ini aku sudah 20 tahun bekerja. Sepanjang dua puluh tahun ini, banyak aku capai. Antaranya ialah berpindah dari Jabatan Penerangan Malaysia ke KKM pada April 1994. Aku berambeh belajar di IKU milik KKM. Aku dapat Master dari UPM pada tahun 2002. Tahun 2003 aku tunai fardu Haji. Itu antara kegembiraan aku capai sepanjang bekerja.
Tahun ini juga tahun ulang tahun 20 tahun aku dan isteri membina mahliga perkahwinan. Kami akad nikah pada 11 November 1989 di Kampung Rejang, Mukah. Banyak manis dan banyak aral lintangnya. Itulah kata P.Ramlee, lidah lagi tergigit. Bukan senang melayari bahtera perkahwinan. Aku dan isteri cukup bersyukur punyai tiga anak comel, Iqbal(Miq), Haziq dan Hanisah Raihanah. Mereka sedang meningkat remaja. Usia sebegini amat mencabar dan cukup menguja kita sebagai ibu bapa. Kata Stanly Hall, ini zaman penuh pancaroba buat remaja.
Iqbal akan duduki SPM dan Haziq hanya tunggu result PMR. Hanis belum UPSR pun. Sebagai suami dan bapa, doa dan harapan tetap diteruskan untuk bahtera ini sehingga ke dunia sana... walau aku jauh di Putrajaya.
Nanti aku cerita sikit-sikit zaman 20 tahun bekerja ini. Bukan apa untuk dikongsi bersama.
Apa yang aku tidak sangka ialah diposting kerana naik pangkat ke Putrajaya. Beruntung juga mencari pengalaman di sini. Namun harapan untuk menyudahkan misi meningkatkan kehidupan rakyat negeri sendiri memang cukup besar. Harapan untuk bertugas bersama teman-teman di Sarawak semula memang cukup didoakan.
Jadi, kudoakan kejayaan kami dan seluruh umat Islam. Buat teman-teman di tanah suci Mekah dan Madinah, selamat mmengerjakan ibadah Haji. Harapan moga mendapat Haji Mabrur nanti.

No comments:

Post a Comment