Saturday, January 2, 2010

DUNIA PENUH KEINDAHAN
















APABILA anda terbang bersama MAS atau AIRASIA dan duduk di tepi tingkap, anda akan teruja dengan keindahan alam ciptaan Allah. Di sinilah anda akan sedar betapa besarnya kekuasaan Allah menjadikan alam ini. Baru kita insaf bahawa kita insan serba kerdil.

Namun begitu, manusia tetap manusia. Ego tetap ada. Dendam tetap ada. Marah tetap ada. Manusia lain masih juga dipandang lemah. Diri sendiri dipandang serba tinggi dan mulia. Kita sebenarnya kurang muhasabah diri.

Tetapi kalau kapalterbang bergoncang sedikit kita sudah gelabah. Itu baru sedikit. Kita ingat kepada empunya ciptaan. Apabila kembali asal, kita balik asal!

Jadi, pandanglah sekeliling kita. Banyakkan istifar. Banyakkan zikirullah. Banyakkan muhasabah diri. Sedikit demi sedikit. Kita cuba kurangkan dosa yang ada. Kita manusia dan bukan malaikat. Iman kita sekejap naik dan sekejap turun. Marilah kita cuba menurunkan dosa-dosa tersebut sehingga ke paras sifar!

Syukur sahaja dengan apa yang Allah bagi dengan kita. Umur kita panjang. Kasih sayang begitu dimuliakan. Kehidupan ini perlu diselitkan dengan harga diri yang cukup mahal.

Itulah kehidupan manusia di sebalik batu-batu bertingkat-tingkat. Muliakan Allah dan Allah akan muliakan hidup kita.

No comments:

Post a Comment