Tuesday, January 12, 2010

Selamat Balik Kampung






Itu ucapan buat Saudara Musbah. Sejak Mac 2003 beliau bertugas bersama kami sebagai KPP. Lama juga. Banyak pengalaman manis dan pahit. Hasilnya terbentuk ikatan kekawanan sesama kami.
Memang tidak semua orang suka kita. Itu hakikat manusia. Ada geram dan tidak kurang ucapkan terima kasih kerana banyak membantu. Masing-masing tahu bagaimana prestasi kerja diri sendiri. Pokoknya, tidak ada orang yang betul-betul berjaya. Orang lain cerminkan diri kita, itu lebih manis.
Musbah balik Sabah. Aku balik Sarawak. Aku sudah faham berjauhan dari keluarga. Aku duduk seorang. Musbah ada keluarga. Bak kata pepatah kita 'hujan emas di negeri orang hujan batu di negeri sendiri.' Tahu-tahu sahajalah. Lainlah kalau orang luar kahwin dengan orang tempatan. Itu sudah rezeki sendiri. Tak balik tak apa.
Hari ini kami buat majlis sedikit buat Musbah. Hadir sama Dr. Jamilah (TPK(KA)), Haji Ahmad (TPK(P)), Dr. Andrew dan ramai geng lain. Majlis kecil tetapi apabila ada orang besar dan kawan lama kita hadir, majlis bertambah meriah. Makanan dimasak oleh Semmi cukup sedap. Ada makan sampai tiga pinggan. Aku biasa saja. Udang paling aku suka.
Itulah Musbah. Kalau berada di tanahair sendiri ingat kawan di sini. Kita pasti berjumpa entah dimana-mana.
Selamat balik kampung.

No comments:

Post a Comment